Cameron Highland, 21-22 November 2019 – Pihak KESEDAR bersama Unit JKR KESEDAR telah mengadakan Program Retreat Bajet 2020 bertempat di Cameron Highland, Pahang.
Antara yang hadir adalah Ybhg. Dato’ Sazmi Miah, (Pengerusi KESEDAR), Ybrs En. Iskandar Zurkarnain Ibrahim (Pengurus Besar KESEDAR), Ybrs En. Shukri Ishak, (Pengarah Unit JKR KESEDAR), Pengurus-Pengurus KESEDAR dan Pegawai Kanan Unit JKR KESEDAR.
Program ini diadakan bagi memuktamadkan fokus dan sasaran supaya peruntukan yang disalurkan benar-benar tepat dan memberi ‘Value For Money’ serta mencapai kefungsian KESEDAR.
Sejumlah bilangan projek telah dimuktamadkan diakhir RETREAT ini untuk dilaksanakan pada tahun 2020 dimana penyerahan senarai projek ini telah disempurnakan oleh Ybhg Dato’ Sazmi Miah, Pengerusi KESEDAR kepada Ybrs En. Shukri Ishak, Pengarah Unit JKR KESEDAR.