23/1/2018, Selasa :- Unit JKR KESEDAR dan KESEDAR telah membuat lawatan kerja ke Kompleks Pentadbiran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Kuala Kangsar, Perak di Sungai Siput yang diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar Kesedar dan telah disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Objektif lawatan kerja sebagai persiapan awal yang mana Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli telah untuk dilaksanakan di Gua Musang. Pembangunan ini melibatkan pembinaan jalan raya sejauh 173km, Kompleks Orang Asli One Stop Centre dan pembinaan rumah baru dimana pihak KESEDAR sebagai pelaksana.
Objektif lawatan ini sangat Berjaya dan Unit JKR KESEDAR mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kuala Kangsar dan JKR Daerah Kuala Kangsar atas perkongsian maklumat.